Posts

Tahun 2020 yang mencabar

Tahun 2020. Tahun yang dinanti-nantikan oleh warga Malaysia amnya, apabila tercetusnya idea dari Tun Mahathir dengan wawasan 2020. Tetapi kita dikejutkan dengan pelbagai agenda sejarah yang terjadi kepada negara dengan peralihan isu politik kepimpinan, kekalutan ekonomi bahkan yang paling menakutkan berlakunya pandemik COVID-19 yang menular keseluruh pelosok dunia hingga mengorbankan beratus ribu nyawa.      Bahkan kesannya hingga meragut kebebasan manusia seluruh dunia. Segala pintu rezeki ditutup, kehidupan manusia hari ini berubah dengan sekelip mata dari yang rakus mengejar pemodenan dan kekayaan kini hidup terkurung di penjarakan sosial dek penangan Covid-19 yang menggerunkan.    Kita kini terpaksa hidup dengan normal baharu demi memutuskan rangkaian musuh ghaib ini. Ia mengajar kita menjadi manusia bersatu, mengembalikan kasih sayang yang selama ini kian pudar akibat dari kealpaan kita mengejar kesenangan. ....... bersambung....